Saturday, 9 April 2011

Sahabatku

Sahabatku..
Tatkala aku bersedih..
Kau hadir memberi kata-kata perangsang.
Titis-titis air yang berderai..
Kau usap dengan tanganmu itu..

Sahabatku..
Saban hari kau dan aku berbicara..
Berbicara soal hati..
Berbicara tentang cinta pada Yang Maha Esa.
Kaulah membimbingku
Kau pendorongku untuk mengenal erti sebuah kehidupan..

Sumber drpd Google

Sahabatku..
Semakin lamaku kenalimu..
Semakin indah ku kenali Islam
Islam agamaku..
Akan aku berjuang demi agamaku ini